Monday, 16 January 2012

_Pukau Guna Ayat Suci AL-Quran_


TAL TUJOH – Seorang warga emas kerugian RM60,000 apabila dia dikatakandipukau dua lelaki ketika pulang membeli kuih di Kampung Tal Tujoh, jam 10 pagi, semalam.
Mangsa, Azizah Yaacob, 66, berkata, dia ditegur dua lelaki lingkungan 40-an dan salah seorang daripadanya menggunakan dialek Indonesia.
Mereka menunjukkan sebentuk batu cincin dan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta berselawat ke atas batu permata berkenaan.
Selepas mendengar bacaan ayat al-Quran, mangsa mula menuruti semua arahan yang menyuruhnya membuka rantai, dua cincin dan dua gelang tangan seterusnya meletakkannya ke dalam sampul surat yang diberi.
Mereka kemudian membacakan ayat al-Quran dan berselawat sekali lagi, konon untuk memberikan rahmat bagi semua barangan kemas tersebut.
Selepas selesai membaca ayat al-Quran, mereka menyuruhnya membuat satu pusingan dan mengembalikan sampul surat berkenaan.
Azizah berkata, mereka hanya membenarkannya membuka sampul surat itu setelah tiba di rumah.
Sekembalinya di rumah, Azizah terus membuka sampul berkenaan dan terkejut apabila mendapati barang kemas tiada tetapi telah ditukarkan kepada gelang besi.

No comments:

Post a Comment