Tuesday 28 June 2011

~Wajah Lebih Cerah~

Cewaaahh...dgr je Title mesti korang tertanye2...pekebenda laaa Fauzan nie yer....
Hehe...ok ok...kat post nie sy nk gthu cara camner kita nk bg wajah kita 
lebih cerah dan berseri2.....

Ok..u OLL blh try dgn cara nie yer.....

Ambil air cucian beras yg pertama dan kedua
Biarkan selama 3 hingga 4 jam
Kemudian buangkan bahagian atas air
Pada permukaan bwh akan nampak spt bedak cair
Sapukan pada wajah spt memakai MASKER
Biarkan sehingga kering lalu bilas dgn air bersih
Amalkan setiap hari yer untuk semua jenis kulit...

Ok...STOP....
U Oll can try lalink.


Friday 24 June 2011

~Di Saat Aku Mencintaimu~

- Mengapa kau pergi Mengapa kau pergi-
- Di saat aku mula mencintaimu-
- Berharap engkau jadi kekasih hatiku-
- Malah kau pergi jauh dari hidupku-


- Menyendiri lagi menyendiri lagi -
- Di saat kau tinggalkan diriku pergi -
- Tak pernah ada yang menghiasi hatiku -
- Disaat aku terbangun dari tidurku -


- Aku inginkan dirimu -
- Datang dan temui aku -
- Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu -
- Aku inginkan dirimu -
- Datang dan temui aku -
- Kan ku katakan padamu  aku sangat mencinta -


- Semoga kau kan mengerti tentang perasaan ini -
- Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta -
- Maaf sungguh ku tak bisa untuk kembali padamu -
- Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta -


p/s :Lagu nie akan aku nyanyi kan apabila aku berada dlm keadaan stress......
Setiap saat aku nyanyikan lagu ini.....

Wednesday 22 June 2011

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah SWT

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4.     Orang lelaki yang melarikan diri.

5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9.     Orang-orang yang suka makan riba'.

10.     Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


So kwan2... kita pulak camner yer?

Hakikat Perkahwinan

Yeyeye.....kat cni ade ckit hal kawin.....aku tujukan untuk semua kawan2 ku yg bakal berkahwin & sudah berkahwin.....cube2 laa baca yer.....enjoyyyy

-Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika  servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika  bangkrup.

-  Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika  rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan  untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika  orang berubah tingkah lakunya.

 - Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan  mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti  MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH  itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai  hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai  
ALLAH.

Sekian......

Tuesday 21 June 2011

Master Not Easy

07 February 2011.....


tarikah paling bermakna bg diriku...aku menerima sepucuk surat dr UUM mengenai pendaftaran belajar dalam MSC management..syukur alhamdulilah Ya ALLAH....


I want To BE a Lecture....so I must continue my study.....


Tak dapat diucapkan dgn kata2 betapa hepy nye abh & umi dengan keputusanku untuk melanjutkan pelajaran...
Abh..Umi fa akan belajar bersungguh2 demi Family kita....


23 February 2011


Aku ke Kedah untuk pendaftaran pengajian....Alhamdulilah...saat mula2 aku melaporkan diri, Allah pertemukan aku dgn seorang shbt yg bernama SHAZWANI MOHD SALLEH.... syukur alhamdulilah kerana aku dipertemukan dgn seorang shbt yg sangat baik & berbudi pekerti....


Aku ditempatkan di Kolej Bank Rakyat (15G 321)...walaupun berada di tingkat 3, namun aku bersyukur...:)
sepanjang first semester, aku & wani berada di sini....ditemani oleh beruk2 yg comel2....

About Me

Before that, sy dh ade blog tp blog sebelum ini sy lupa pasword..so sy buat yang lain....blog nie sy buat time sy cuti semester...jadi, dr sy membuang masa kat umah baik sy menconteng2 kat blog nie ek...sape2 yg mau follow blh je tp sape2 yg xsuke korang xpyh follow yer....:)


ok...skrg nie sy cuti semester 3 bulan..InsyaALLAH bulan 9 nie sy masuk utk second semester in master....& sy berharap sy dapat meneruskan pengajian ku ini...amin ya robalalamin....


sy gunakan blog nie untuk sy luahkan isi hati sy nie..apa yang sy buat..apa yang sy fikir...& everything about me.... ok..bye2