Saturday 31 March 2012

_Kawan Ketawa Bersama Atau Kawan Ketawakan Kita?_



Dah lama Fa nak tulis pasal ni cuma belum sampai mood yang sesuai. Cerita tentang kawan sejati, kawan ketawa dan menangis.  Masa sekolah dulu aku ni rebel sikit, ramai pun yangrebel sebab usia remaja memang masa untuk kita memberontak. Menagih perhatian dari kawan, mintak difahami oleh ibu bapa. Kalau diberi peluang untuk memilih, ramai yang memilih untuk tinggal dengan kawan-kawan dari ibu bapa sendiri. Kawan lebih memahami siapa kita kononnya.
Proses mencari kawan sejati ni sebenarnya bukan mudah. Ramai yang nampak sincere nak berkawan, lebih-lebih lagi kalau kita ada duitjam tangan yang ada gameboot bola, raket tennis atau Barang makeup
Sekarang bila dah berumur sikit dan Fa fikir semula, baru nampak dengan jelas tentang orang yang  dulunya Fa kategorikan sebagai kawan ni.
1. Like good good – Ini jenis yang sombong, mungkin sebab latar belakang keluarga yang sedikit atas daripada yang lain. Masa sekolah diorang ni bukan kepala pun, lebih kepadafollower je. Bila dah berjaya dalam hidup, orang macam ni jadi lebih sombong hinggakan nak duduk berbual dengan orang kebanyakan ni jadi malu besar, takut geng-geng sombong yang lain nampak. Jatuh la pulak imej nanti. Kalau berbual pun cuma 2-3 patah perkataan je, kalau kita bagi pendapat dia anggap macam sampah je.
2. Gangster kampung – yang ini juga sejenis follower kepada geng-geng yang kononnya kontrol sekolah. Bila time bergaduh mesti panggil geng, duduk depan sekali. Cakap kuat-kuat, tolak dada orang pastu lari ke belakang supaya geng dapat cover. Belasah sesiapa yang dia tak puas hati. Kalau berjalan sorang ke bandar, dia jadi takut. Mana lah tahu kena hentak dengan orang yang tak puas hati. Sampai ke tua pun perangai berpuak ni tak habis. Bercerita dengan geng macam dialah hero.
3. Nerd – Ini biasalah, orang baik, minah study, ustazah . Derang ni selalunya tak campur hal-hal geng, cuma concentrate belajar je. Selalunya orang jenis ni berjaya dalam hidup. Fa tak berkawan dengan diorang bukan sebab diorang ni tak terima Fa.. Fa yang malu sendiri sebab tak leh beat diorang. (Orang macam ni elok dijadikan kawan sejati).
4. Ordinary – Orang biasa. Bukan orang kaya, bukan budak nakal, bukan juga scorer. Orang jenis ni yang paling ramai, jadi kalau nak memilih kawan tu kena berhati-hati sebab di kalangan orang macam ni pun kadangkala ada yang berhasad dengki, back stabber dan pencuri!! Cuma kita kena ingat, tak salah untuk jadi ordinary atau berkawan dengan orang jenis ini.
5. Leader @ “Kepala” – Mereka selalunya jadi ketua kumpulan samada dilantik secara tak rasmi atau melantik diri sendiri dengan kuasa veto. Umpama semut menghurung gula, orang jenis ni akan selalu diiringi oleh follower walau ke mana sahaja dia pergi. Ramai yang hanya berada di kalangan kepala supaya tidak diganggu dan juga supaya dapat dikenali kerana bersama dengan orang terkenal.
Selepas zaman sekolah tamat, ada yang masih simpam dendam kesumat hingga sekarang. Rasa nak hentak je sesiapa yang dia tak puas hati. Bila berjumpa, rasa marah dan benci membuak-buak. Untuk orang macam ni eloklah settlekan apa yang belum selesai. Kalau nak tumbuk, tumbuklah.. kalau nak sepak, sepaklah… asal hati korang puas. Lepas tu jangan simpan-simpan lagi. Takut jadi nanah pula di dalam.
Sekarang baru Fa tahu yang kawan yang dulu macam baik sangat dengan Fa ramai yang jadi judgemental apabila sudah berjaya. Kalau dulu tak pandang taraf, sekarang dah memilih dengan siapa dia nak berbual. Untuk yang jenis ini, kan lebih baik cakap direct  je,straight to the face. Tak payah la berpura-pura kawan, pastu melilau cari geng sebab tak mahu dilihat dengan orang biasa. Kawan yang dulu hancus… ada yang terus hancus.
Kawan sejati memang ada tapi kalau nak dikira, tak sampai dua belah tangan. Tapi kawan sejati tak semestinya trendypopular atau punya gadget mahal. Diorang ni biasa sahaja…macam kita juga!! Nilailah persahabatan dengan hati, bukan material. Kawan ketawa memang ramai, tapi ada juga kawan yang tergamak “ketawakan” kita!!
CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI
  • Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.
  • Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.
  • Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.
  • Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.
  • Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.
  • Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.
  • Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.
  • Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul
  • Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.
  • Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.
  • Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.

Ikhlas Dari Fa...

Thursday 29 March 2012

_I asked...He gave me_





By: Farah Lee ^_*

_Air Mata Umi_

~✿>> Berapa banyak AIR MATA IBU yang kita tidak nampak yang telah GUGUR atas 


KEKASARAN KATA, KETERLANJURAN PERBUATAN..sama ada sedar atau tidak, mungkin di 


sebalik senyuman tuanya..ada DUKA yang TERPENDAM terhadap kita..maafkan saya ibu..

p/s : IBU, maafkanlah aku..kerana aku PERCAYA, di dalam hatimu..selalu ADA TANGIS, 


yang tidak pernah terlihat olehku..♥♥





Wednesday 28 March 2012

_Aku Ingin Mencintaimu Dengan Sederhana_



Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..


Cintaku sederhana dalam kesederhanaan…
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu…
Cintaku sederhana dalam keterbatasan…
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu,
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan…
 
Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya…
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus…
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh…
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka…
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan…
 
Cintaku sederhana,
namun terukir di hati yang tulus…
Cintaku penajam imanku…
Cintaku penebal keyakinanku…
 
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia…
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi…
 
Aku ingin mencintaimu sederhana
baik dalam memberi dan menerima dengan seadanya.


_Buat Bakal Imamku_


"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku."

Sunday 18 March 2012

Selamat Pengantin Baru Kak Nor & Abg Lie

Assalamualaikum....

Masih tak terlambat untuk Fa ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Kak Nor dan Abg Lie....

Semoga perkahwinan Kak Nor kekal sampai syurga...

Kami di Sini hanya mampu berdoa utk kebahagian Kak Nor.......Luv u my cousin...









P/S: SOry kak Nor sebab lambat update Blog.....buzy dgn thesis..btw, congrat's both of you....

Monday 12 March 2012

_Selamat Pengantin Baru_

Assalamualaikum....

Tak terlambat lagi rasanya Fa nk ucapkan "Selamat Pengantin Baru buat Hilmi dan Jamilah".....

Semoga kalian kekal sampai syurga.....Amin



Wednesday 7 March 2012

_Cantiknya Seorang Wanita_


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

_Off to Kuala Perlis_

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari nie saya & Wani ke Kuala Perlis.......Sebab apa kami ke sana?

Sebenarnya kami mengidam nak makan ikan bakar....So bila plan je terus jalan....

Kiranya plan yang tak dijangka laa ni....Plan pukul 2pm & pergi sana pukul 4pm....

Kami sebenarnya nk ajak kawan-kawan lain tp diorang semua bz, so kami 2 pun jalan jugaaa....

Kami ke sana sblm asar lagi sebab takut malam lak sampai kolej....

Kami order makan:

                 Ikan Bakar
                 Sotong celup tepung
                 Kerang Bakar

Kami mmg first time try mum kat kedai Lynda nie...mula2 tue mmg takut sgt nk try sebab takt x bez...

Tp rupanya sekali try pasti nk lagi.....memang sdp sgt sgt sgt......

Rasa nak bwk balik je sambal belacan dia..hihi...

Jom tgk pictures kami...

Ini muka kelaparan...sebab xmkn pape lg dr pagi...

Ini muka org yang sdg membesar

Sambal belacan yg sgt sgt best

Ikan Bakar

Sotong celup tepung dan kerang bakar


Muka org yang xsbr nk makan

muka yang ni mmg mcm singa kelaparan laa

Ini laa kesudahan bila order byk byk..so kena byr laa kan....

Papepun...best sgt sgt..tq Shafiq sebab tlg belanja kami..hahahaha

Tuesday 6 March 2012

_Adik Mia Sara_



Adik Mia bersama rakan-rakan.....

_Ubat kurus yang mustajab but??_


Inilah risiko ubat Lami.....Jom baca komen dari kawan-kawan kita.....


  • Aby COmbi mmg kurus cepat...tp,kepala pening n mamai je lau mkn ubat ni
    7 hours ago ·  ·  6
  • Orked Mizan btol...btol....
    7 hours ago · 
  • Hasleen Qu-leen smpat mkn 5 bji..pastu ade mmber msuk wad sbb amik pil ni..rpanye.darsh dlm bdan sparuh dah jd racun...
    7 hours ago · 
  • Kurus dalam 10 hari SHARE di wall k, mari sama2 kita berpesan2 dgn rakan2 kita..
    7 hours ago ·  ·  3
  • Nurliema Nordin ye....mmg cpt kurus mkn ubt ni
    7 hours ago ·  ·  1
  • Mms Manja lamin x silap dr indon.. mmg nak kurus tp produk dr luar x ambik masa nak cari produk kurus penjual tu ckp ni popular n berkesan n ade kelulusan kkm tanye rege rm20 henggit.. eeemmm x yah klu ye bagus mesti bahan2 yg elok x kan jual 20 hennget ajer..
    7 hours ago ·  ·  1
  • Julia Sukor dulu ada org pernah offer ambil produk nie tp sy xnak sbb was2 and xpernah dgr produk nie...nasib baik xambil kalau x mesti dah nampak effectnya agaknya.ish takutnya...
    7 hours ago ·  ·  2
  • Nana Mohamad u dulu brt brp kg. dan skrg?
    7 hours ago · 
  • Aziera Asri Ubat jenama apa nie?
    7 hours ago · 
  • Sehati Sejiwa sy dh pernah mkn..sempat mkn 2btol mmg cpt sgt trun,mkn pun xlalu asyik nk air jew..sentiasa rsa dhage..cpt penat,skit kepala,alami sembelit..n efek yg paling bhye skit buah pinggang..nasub smpat bhenti..
    7 hours ago ·  ·  3
  • Ina Rossa ubt ni ada cmpur ice n dadah sy pnh amal kn dlm msa 7hr trun 2kg
    7 hours ago · 
  • Nana Liana penah cuba tp byk kesan smpingan.....
    7 hours ago · 
  • Mms Manja rmi gak yg suruh ambik ni sbb rmi yg dah kurus tp sy was2 kenapa berjaya berkesan harganye murah cam pelik.... wlupun sy suriumah tp nak cantik gak tp sy sentiasa apa yg sy nak beli sy cr faktanye dulu..
    7 hours ago · 
  • Doreen Sinau jgn sesekali guna ubat ubatan yg tak diluluskan oleh kkm...SGT BAHAYA...dah banyak dah cth org2 yg pernah mengguna jenama sebegini,..skrg mengalami kesan sampingannya...
    7 hours ago · 
  • Uji Nizam Uji Nizam ye btui mmg cpt krus..sy da mkn kt 3 btol...mmber kate bhannye ad rcun tkus.sbb 2 kte mkn ad penin2...sy trs bnti mkn..
    7 hours ago · 
  • Suzana Hafeeza berape lame aby combi mkn ubat ni yg boleh jadi pening dan mamai
    7 hours ago · 
  • Mummy Batrisyia kurus utk sihat...ni kalo kurus tapi sakit watper...nak slamat control makan..exercise...konsisten...jgn berhenti selagi tak dpt berat badan ideal
    7 hours ago ·  ·  3
  • MamaLarn Miyaki I pernah amik dlm 2 minggu.... Mmg teruk,.. Syukurlahhh sedar dari awal
    7 hours ago · 
  • Siti Norzila x jelas ape name ubat ni la...bole bg tau tak..sbb rasanya ramai yg tk tau lg..tkt ramai lg yg jd mangsa...
    7 hours ago · 
  • Zalina Ahmad dulu penah amek..memang tol kepala pening jer..da tu susah nk tido bdn rase gelisah jer..da berinti..dgr citer mcm2 kesan dia takot..
    7 hours ago · 
  • Mat Alaler ye ke blh pakai ke ubt tu?
    7 hours ago · 
  • Noraini Mohd Ali ya allah ...penah mkn...patutla skarang ader skit kepala n semput pun truk...rupanya...ubat 2 x elok...bahayalah...
    7 hours ago ·  ·  1
  • Eryn Daryn Mohammad Pernah cuba ubat ni..dlm seminggu turn 4kg..lgsg tk rs nak mkn nasi or anythg..hnya bergntung pd air..kesan buruk lagsg tk lei tido malam..klau dapat tido tu kire naseb la..sesak nafas..tekak kering..one day terasa sesak nafas teramat..then terus stop dan tobat tk nak amek dah....
    7 hours ago ·  ·  6
  • Mahzuriyana Anna Izalee yeke...tp minah2 indon yg cun2 tu dr ank dara mkn smpai dah ade ank 5...xder ape2 efek pon..klau mkn ubt tu xikut praturan yg dsuruh..mmg lah efek...
    7 hours ago · 
  • Srs Fieda Ubt lami ni kesan nya mmg cpt bdn pun leh susut dlm mse 3hr je,sye pun ada gak amek ubt ni,tp bila tau risikonya trus benti...
    7 hours ago · 
  • Syazwani Sukri Waniefauzi mmg kurus cpt tp dahaga air smpai bbir merekah...pning kpla...rm16 ja..mmg dr indon..tp bnyk ksan smpingn...
    7 hours ago ·  ·  2
  • Haliza Rahmat Laxmi ker pnh try sebiji..pastu terus rse len mcm buang jer lpas tu x brani..kuat sgt effectnyerr
    7 hours ago · 
  • Mat Alaler mcm mana nk dpt kan ubt tu?
    7 hours ago · 
  • Kurus dalam 10 hari maksud awak?
    7 hours ago · 
  • Nurliza Azani Memang penah take this in 2009, b4 kawen. Lost weight very amazing 20kgs dlm 2 months.tp effect dia mmg trk,semput, ssh tdo, and kerap pengsan. Doktor cakap this medicine very dangerouse coz dia kering kan darah n kolagen dlm badan kita. My scary memory in my life used this product!!!
    6 hours ago · 
  • Norlia Hamid cousin saya nak kurus nya pasal ,dia makan pil ni 2biji pagi 2 biji malam...last2 usus dalaman bengkak gara2 LAMi......mmg dia cepat menurun kan badan tapi..........padah yang menanti selepas guna kan pil mmg BEST.............
    6 hours ago · 
  • Nurul Sakina ada kwn try skali slim gler,jeles tgk tp try skali rasa lain trus x nk,biarla gmuk jnji x efect sush tduq haha
    6 hours ago ·  ·  1
  • NorAzura Ismail Mmg btul lah....ia cpt krs tp efek byk...sy pnh mkn gak...dlm 4btol....bdn skit2....ps mbr bgthu de ksn dia trus sy brhenti amlknnya.....
    6 hours ago · 
  • Srs Fieda Kt kdai ubt ler...dah nama pun ada cmpuran racun,klu mkn ikut aturan pun,lama2 msti dpt effectnya...kan?
    6 hours ago ·  ·  2
  • Norfarazila Mansor penah makan 2 botol... mmg turun dgn cepat... effect...haus....asik nak minum air..menurut member..if time tu i kene wat urine text...my urine mesti +drug.... huhuhuhu... seb baik ..seb baik... da tobat x amik dah...
    6 hours ago ·  ·  2
  • Dyla Tomei dasyat gak ubat nie..lepas nie kalu nak kurus kene la banyakkn exercise..blh kurus n sntiasa chat..xde kesan sampingan mcm ubat 2..kurus cpat tapi xchat nak wat pe..susah kan dri sendiri je..
    6 hours ago ·  ·  1
  • Nina Nerina btul3..i stuju sgt ngan pndpt u Srs Fieda..actualy i pon prnh ambik..i x leh nafas..rase mcm nk mati..nsb baik la i dh stop ambik ubt ni..
    6 hours ago ·  ·  1
  • Eida Amm klu nk kurusss xyah mkn pil minum jus monavie pasti berkesan
    6 hours ago · 
  • Anis Annissa Uuuu..tkutnyaaa.
    6 hours ago · 
  • Sal MNoor ape daa
    6 hours ago · 
  • Alynn Azlynn ni kapsul lami,dulu saya pernah makan n pernah masok wad sekali garang2 nie..awas nye kwn2 jgn mkn produk nie,memang menjadi kurus..xp kita yg merana..
    6 hours ago ·  ·  1
  • Kurus dalam 10 hari Alynn Azlynn - betul3
    6 hours ago ·  ·  1
  • Amea JZoyee Oh..pil lami..dulu ader sekli paper metro kuarkan artikel ni..mmg merbahaya..sye tgk masih ader lagi kedai2 jamu jual pil lami ni,,,jd saper2 yg berhasrat na kuruskan badabn na ambik pil2 sampingan..pastikan pil tu adr kelulusan dari kkm..klu tersalah mkn mcm2 kesan sampingan..siap dpt package lg..kurus dan sakit
    6 hours ago · 
  • Rozita Md Yusof mmg rse pnng ngn nk mth..klau mkn ubat lami..
    6 hours ago · 
  • Nina Nerina spatutnyer phk KKM kena wat operasi di kdi2 jamu..tuk hpuskn produk ni..sblm ramai lg yg merana...:P
    6 hours ago · 
  • Ummi Ammar Shope ubat ni mmg bahaya, sy dah penah try, mmg ade rase mcm nak jadi sesak nafas dan rase mcm bedebar2 je xtau nape... xsempat habispun terus buang..
    5 hours ago · 
  • Suhar Tini btl3...lepas mkn pil nie..jd mudah stress..sy brenti pon sbb xtahan dahaga..study pon terganggu sbb stress..bahaya..ptt sebar2kan..
    5 hours ago · 
  • Cun Serabut Ni 0bat lami drpd ind0n kan? Sye rse mcm pnah mkn..mse mkn tu mule2 0k tpi lme2 xde ape2 ksan..yg sdih nye slre mkn mjdi2..lpas tu satu bdan pnas..s0 brhati2 la ye
    5 hours ago · 
  • Mms Manja mmg KKm kene wat tptau ler pekerja x ramai yg penting kene bagitau kat masyarakat klu depa x beli lama2 tukang jual pun x nak ambik stok dah.. dah x laku..
    5 hours ago · 
  • Aawati Wati Hj Othman nasib le sya ambik skali je..sbb sakit kepla yg teruk..
    5 hours ago · 
  • Anita Basiron saya pn pernah mkn ubat ni .. kurus mmng kurus tp .. kesan nyer .. saya masuk wad smapi 6 hari sbb nyer kesan dari ubat tu ... dada sentiasa berdebar2 , berpeluh2 , pening pala , sesak nafas dan akhir nyer saya disahkn dpt sakit paru2 berair dan berkuman lg dn satu lg jntung disyaki bengkak ..... saya rasa ni kesan dari ubat tu ...
    5 hours ago · 
  • Amy Shafini Alamak pernh mkn ar ubt nie dulu..sib baek da b'henti
    5 hours ago · 
  • Norshahila Amiludin share kak
    5 hours ago · 
  • Ee Amor kalau tk silap, nilah ubat yang diambil oleh seorang pegawai lelaki yg sekarang ni duk wad gila.. dia punya obses nak kuruskan badan sehingga menjadi gila.....
    5 hours ago · 
  • Kurus dalam 10 hari subhanallah..
    5 hours ago · 
  • Ekyne Eddie 
    pengalaman saya-saya pernah amik ubat kurus LAMI ni...ngan harga rm15....memang powerr la...bg org yg taksub kurus mcm saya....nak makan pun terasa gile2 nak kurus..apatah lagi bila dah makan n ada kesan.....gile2 la jadinyer....dlm sebulan...See more
    4 hours ago · 
  • Nursyamieya Nudzul Hakim Sy pun pnh amek ubt ni sblum kawen dlu.....jd mmg jd tp kerap skt kpala,tp lum hbs pun stu btol...sy dh x amek sb tkt ade effect....skrg dh berenti berat naik berkali ganda.....
    4 hours ago · 
  • Putra Harith Shah sekarang bertukarlah kepada produk Auralife coffee ceo dah tentu-tentu halal dan berkesan...www.auralife2u.com
    4 hours ago · 
  • Zarynna Juahir sy penah abek......
    3 hours ago · 
  • Nazatul Nazlina Sy pn slh seorg pgune ubt ne gk ubt ne mmg tol2 bkesan tp pe yg u all ckp tu mmg btol,nsb aik sy da bhnti x pe biar gmk aslkn cht tol x para2 wanita smua?
    2 hours ago ·  ·  2
  • Mummy Asyiefa Saya pun pernah cuba......memang berkesan.sebelum kawen pernah ambik sebotol je..tapi memang buat slim....mujur x makan banyak...nanti kurang suiman plak..hehehheeheh
  • Zatulnatuhain Ahmad Huh! Menakutkn. Sy dh mkn 1/2doz!! Oh tidak. . . Hr ni jgk sy buang!!
    about an hour ago ·  ·  1