Saturday 31 March 2012

_Kawan Ketawa Bersama Atau Kawan Ketawakan Kita?_



Dah lama Fa nak tulis pasal ni cuma belum sampai mood yang sesuai. Cerita tentang kawan sejati, kawan ketawa dan menangis.  Masa sekolah dulu aku ni rebel sikit, ramai pun yangrebel sebab usia remaja memang masa untuk kita memberontak. Menagih perhatian dari kawan, mintak difahami oleh ibu bapa. Kalau diberi peluang untuk memilih, ramai yang memilih untuk tinggal dengan kawan-kawan dari ibu bapa sendiri. Kawan lebih memahami siapa kita kononnya.
Proses mencari kawan sejati ni sebenarnya bukan mudah. Ramai yang nampak sincere nak berkawan, lebih-lebih lagi kalau kita ada duitjam tangan yang ada gameboot bola, raket tennis atau Barang makeup
Sekarang bila dah berumur sikit dan Fa fikir semula, baru nampak dengan jelas tentang orang yang  dulunya Fa kategorikan sebagai kawan ni.
1. Like good good – Ini jenis yang sombong, mungkin sebab latar belakang keluarga yang sedikit atas daripada yang lain. Masa sekolah diorang ni bukan kepala pun, lebih kepadafollower je. Bila dah berjaya dalam hidup, orang macam ni jadi lebih sombong hinggakan nak duduk berbual dengan orang kebanyakan ni jadi malu besar, takut geng-geng sombong yang lain nampak. Jatuh la pulak imej nanti. Kalau berbual pun cuma 2-3 patah perkataan je, kalau kita bagi pendapat dia anggap macam sampah je.
2. Gangster kampung – yang ini juga sejenis follower kepada geng-geng yang kononnya kontrol sekolah. Bila time bergaduh mesti panggil geng, duduk depan sekali. Cakap kuat-kuat, tolak dada orang pastu lari ke belakang supaya geng dapat cover. Belasah sesiapa yang dia tak puas hati. Kalau berjalan sorang ke bandar, dia jadi takut. Mana lah tahu kena hentak dengan orang yang tak puas hati. Sampai ke tua pun perangai berpuak ni tak habis. Bercerita dengan geng macam dialah hero.
3. Nerd – Ini biasalah, orang baik, minah study, ustazah . Derang ni selalunya tak campur hal-hal geng, cuma concentrate belajar je. Selalunya orang jenis ni berjaya dalam hidup. Fa tak berkawan dengan diorang bukan sebab diorang ni tak terima Fa.. Fa yang malu sendiri sebab tak leh beat diorang. (Orang macam ni elok dijadikan kawan sejati).
4. Ordinary – Orang biasa. Bukan orang kaya, bukan budak nakal, bukan juga scorer. Orang jenis ni yang paling ramai, jadi kalau nak memilih kawan tu kena berhati-hati sebab di kalangan orang macam ni pun kadangkala ada yang berhasad dengki, back stabber dan pencuri!! Cuma kita kena ingat, tak salah untuk jadi ordinary atau berkawan dengan orang jenis ini.
5. Leader @ “Kepala” – Mereka selalunya jadi ketua kumpulan samada dilantik secara tak rasmi atau melantik diri sendiri dengan kuasa veto. Umpama semut menghurung gula, orang jenis ni akan selalu diiringi oleh follower walau ke mana sahaja dia pergi. Ramai yang hanya berada di kalangan kepala supaya tidak diganggu dan juga supaya dapat dikenali kerana bersama dengan orang terkenal.
Selepas zaman sekolah tamat, ada yang masih simpam dendam kesumat hingga sekarang. Rasa nak hentak je sesiapa yang dia tak puas hati. Bila berjumpa, rasa marah dan benci membuak-buak. Untuk orang macam ni eloklah settlekan apa yang belum selesai. Kalau nak tumbuk, tumbuklah.. kalau nak sepak, sepaklah… asal hati korang puas. Lepas tu jangan simpan-simpan lagi. Takut jadi nanah pula di dalam.
Sekarang baru Fa tahu yang kawan yang dulu macam baik sangat dengan Fa ramai yang jadi judgemental apabila sudah berjaya. Kalau dulu tak pandang taraf, sekarang dah memilih dengan siapa dia nak berbual. Untuk yang jenis ini, kan lebih baik cakap direct  je,straight to the face. Tak payah la berpura-pura kawan, pastu melilau cari geng sebab tak mahu dilihat dengan orang biasa. Kawan yang dulu hancus… ada yang terus hancus.
Kawan sejati memang ada tapi kalau nak dikira, tak sampai dua belah tangan. Tapi kawan sejati tak semestinya trendypopular atau punya gadget mahal. Diorang ni biasa sahaja…macam kita juga!! Nilailah persahabatan dengan hati, bukan material. Kawan ketawa memang ramai, tapi ada juga kawan yang tergamak “ketawakan” kita!!
CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI
  • Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.
  • Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.
  • Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.
  • Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.
  • Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.
  • Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.
  • Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.
  • Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul
  • Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.
  • Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.
  • Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.

Ikhlas Dari Fa...

No comments:

Post a Comment