Friday 23 September 2011

~MUKA BAYI DICEDERAKAN...SIAPA YG SALAH?????~



KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.
Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.
Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.
“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.
Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.
“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

Sunday 4 September 2011

~ Doa ku buat Kekasih ~


Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si SOLEH, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH, tetapi berusahalah menjadi yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI

KU TUNGGU PINANGANMU




♥ Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi, kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
.
♥ Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tahu,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
.
♥ Jagalah sikapmu pada kami, maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
.
♥ Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami, santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami, bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh, Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
.
♥ kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
.
♥ Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..
.
♥ Sungguh, kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu, agar kita boleh menjelang bersama JannahNya. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru,
Maka katakanlah, kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya “( Fii Zilalil Mahabbah )”

Laknatullah...

Ya Allah...


Ya Allah
manusia ini sedang berbangga mempermainkan agamaMU..
mereka tidak akan tenang jika tak buat sesuatu yang boleh meluapkan kemarahan kami..

aku pasti agamaku merupakan agama yang suci...
aku pasti agamaku merupakan agama yang lurus dan benar..
dengan kekutan iman yang aku miliki...
hanya dengan kekuatan hati...
lindungi agama islamku daripada terus di permain-mainkan...
turunkanlah bala kepada insan ini..

dan jika pintu taubat terbuka di dalam hatinya..
tunjukkanlah cahaya kebenaran mengenai islam dalam hatinya..

~AMIN

pakaian-pakaian yang aku rase tak bole BLA jer nak pakai....

pagi-pagi ne aku terasa macam nak post something..
something yang dah lame nak share..tapi asik tertangguh jer..
tapi rasanya arini..nak terpost lak..biarlah ape pun orang kata..aku mengata ker..aku mengumpat ker..or what so ever...

yang pastinya aku buat entry ne hasil dari pemerhatian aku..even sensetif pun..tapi perlu diingatkan kat sini...aku tak fokus kepada sesiape..tapi cukuplah entry ne pun untuk mengingatkan diri aku sendiri..akupun cuai..lupe..terlepas pandang dan kadang-kadang bersikap dan berpakaian sedemikian..maaf banyak-banyak sebakul dua..pada sesiapa yang terase hati..

peh..mukadimah tak dan-dan ek nak meleret bagai..huhuhuhu...sorry...

emm..aku nak cite pasal perempuan-perempuan bertudung tapi pada hakikatnya menunjukkan keaiban sendiri..or pada istilah lain..perempuan cantik dalam berpakaian tapi tak boleh bla untuk aku mngata dari A smpai ke Z...gegeggegegege...

either diorang tak perasaan or diorang perasaan tapi buat-buat tak perasaan..contohnye r...pic ne...

berkurung tapi berbogel

peh..jelas dan nyatanya dah ayu-ayu pakai baju kebangsaan "baju kurung" tapi bukan kecantikan baju tu yang diperhatikan..benda lain yang menjolok mata yang nampak..adoi...

dulu time study..aku ada lepak-lepak ngan budak-budak lelaki coursemate aku..lepak..borak-borak sambil dengar lecture..tibe-tibe ada sorang guy ne borak ngan aku..macam mana r aku nak jaga mata???kadang-kadang rezeki mata aku ne takyah cari pun..tapi memang akan terjojol sendiri nampak rezeki tu kat depan mata...ko cube tengok budak depan ne..

die tunjuk sorang amoi ne duduk membelakangi die..pakai baju..memang pakai baju..tapi ketat giler..nampak sume lemak-lemak ketul ngan tali bra melekat kat badan..

dan kawan lelaki aku ne lak kata..aku ne bukan baik sangat pun..kalau dah rezeki kat depan mata..tertengok lurah pempuan ke..even atas or bawah pun..kalau memang untuk tontonan umum..aku mamang tak akan pandang tempat lain...huhuhuhuhu...

"boyfriend wanted!!!"

nampak pic ne cute giler pempuan ne kan???suke tengok muke dia..tapi pempuan ne tak salah pun..aku pinjam pic die nak tepek kat sini sebab nak cite pasal t-shirt yang dia pakai..bukan pasal t-shirt die tulis boyfriend wanted tu..bagi aku t-shirt tu smart..kalau ada jual kat dpn mata aku..aku nak beli...dengan jujurnya menjawab ok...huhuhuhu....

tapi sebenarnya yang nak jadi topik adalah posisi tulisan itu ditulis..terima kasih jika memahami...

agak desperate lak ek kalau ada pempuan-pempuan pakai baju cmne...tulisan boyfriend wanted tu dah menunjukkan...lagi r tulisan tu kat posisi tengah-tengah atas...peh..memang tak boleh bla ek...lancang sungguh aku berkata-kata...tapi nak buat camne...minat lak nak berbahasa bab ne...

dari pengalaman aku r..aku penah jugak r kene sound ngan seorang hamba Allah ne...aku pakai baju t-shirt, tapi ada gambar-gambar kat dada..gambo kat dada t-shirt..standart r kan???longgar pun longgar...tapi hamba Allah ne telah sound aku ngan selumbenye...ape motif pakai baju cmne???biar semua lelaki tengok aku berpakaian tapi mata diorang bole tembus tengok objek dalam baju tu...adoi..sakit wooo di tegur...tapi tu r hakikatnye..

seluar itu..

tak salah pakai seluar dan baju...tapi pakai r sesuatu itu bersesuaian dengan keadaannya..aku sebagai perempuan yang melihat pun turut sama malu kalau aku nampak pempuan pakai cmne...sifat malu itu pastinya dah berkurang amat pada si gadis yang memakai cmne kan???

bukan nak lancang mulut cakap benda-benda sensetif kat this entry..tapi terpulang pada sesiapa yang membaca..baca gune otak ok..bukan guna hati dan perasaan..

aku ngaku..aku pun tak r baik sangat..ada je pic-pic aku pakai baju tak boleh bla...tapi insyaAllah aku juga ada peluang nak berubah...so jangan r pertikaikan kalau aku buat silap..cuma untuk berkongsi..tu jer...

aku dinasihatkan oleh orang lain..dan aku juga berpeluang untuk saling menasihati insan-insan wanita yang sama spesis ngan aku...

~ TIPS eLak Skandal ~

Selamat pagi reader..( jam menunjukkan pukul 3.02 am..)mata xbleh pejam..entah kenapa.....mungkin hati ku tersentuh dgn seseorang....

takda pape nak borak sangat pg ne..tapi just nak share something yang aku baca siket kat Mingguan wanita bulan lepas tak silap r..jom baca~

rasanya cukup berguna tips-tips ne buat pasangan yang sedang hangat bercinta dan pasangan suami-isteri yang sedang berbunga-bunga kembangnya....
  • Jaga batas pergaulan. Khas buat insan-insan yang memang ramai dan kerap bergaul dengan sahabat yang berlawanan jenis. Kalo memang korang ne dah ada bestfriend lain jenis misalnya, memang korang rapat before kenal ngan si dia lagi, ada orang memang pegang istilah kawan akan tetap kawan sampai bila-bila, sila-sila r jaga batas pergaulan korang walaupun berurusan ngan kawan baik ker, kawan sekolah ker, jiran sebelah umah ker. Jangan r mind tu pikir open sangat sampai seronok bertepuk-tampar yer. mungkin bagi korang "dah biase" dah..tapi pandangan pasangan kene r jaga. Kalo dia nampak cmne??mesti dia kecik hati.."bukan main mesra lagi awek/pakwe aku ne main tepuk-tampar ngan kawan dia ne". Mungkin dia rasa, takde istimewanya kemesraan aku ngan dia..sebab sume orang dia layan sama jer.
  • Jangan kongsi masalah perhubungan dengan lawan jenis. Sementara belum kawen ne, belajar-belajar laa simpan rahsia pasangan dalam-dalam yer. Biar dah kawen senang nanti. Keaiban dan rahsia si isteri/ si suami itu adalah atas tanggungjawab kita untuk di simpan. Biar kite sorang je tau..tak perlu orang lain tau. Paling penting biasanya time gaduh r..kalo korang sakit hati sangat, jangan r dok bercerita ngan kawan lain jenis korang yer, sebab berkemungkinan besar, kawan berlainan jenis tu tahu kelemahan perhubungan kalian dan mungkin minat nak masuk daun or lebih lagi nak memporak purandakan hubungan korang. Kesimpulan kalo sakit hati, cer cite ngan bestfriend sama jenis yer. sebab mungkin mereka lebih paham dan takkan amek kesempatan...melainkan kawan sama jenis tu homeseksual r..hohoho...
  • Jangan memberi harapan atau perhatian yang lebih kepada rakan lawan jenis. Haa..yang ni aku memang sangat setuju, kalo katakan ada kawan-kawan baru nak berkenal-kenalan, bolehnya boleh..tapi jangan r layan lebih-lebih yer..just biase-biase jer. Layan sume orang kat keliling tu sama rata ok..tapi sila-sila r layan si dia sehabis baik..sebab hati kamu memang dah melekat kat si dia..harus ke nak layan or buang masa ngan orang lain??baik layan pasangan sendiri kan??
  • Usah terhutang budi. Hal ne biasanya berlaku pada insan-insan yang memang dah admire ngan kita. Contohnya si lelaki ne memang ada pempuan admire kat dia, tiap-tiap hari g keje, membe opis ne dok bawak masakan sedap-sedap soh rase or jamah. Yang si lelaki ne lak, seronok sakan r dapat makan free kan??girlfriend lak jauh berbatu-batu. So dari sini akan wujudnya membe opis itu berbudi ngan si lelaki. Begitu gak ngan si perempuan, boyfriend jauh..kete lak rosak, datang mamat muke tembok ne "jom saya hantar, office kita kan 1 bangunan jer..dapat je pempuan tu layan, mesti gelak puas dalam hati si mamat muke tembok ne..By the way...Jangan terhutang budi ok??nanti terhutang Body...ops!
  • Sentiasa ingatkan diri tentang status anda. Ne khas buat insan-insan yang memang dah ada ikatan dalam perhubungan r, misalnya telah di risik ke, telah di tunangkan ker..paling-paling penting telah dinikahkan. Nak bergaul tu boleh jer..takde orang yang mampu hidup sorang-sorangkan?or dalam dunia ne just ada dia ngan pasangan jer. Tapi tolong lah tanam dalam mind ne.."Aku dah ada someone yang paling penting dalam hidup ni.." si pasangan dah memberi kepercayaan 100% untuk jaga hati masing-masing & jangan berubah hati. Jagalah kepercayaan itu sebaik-baiknya yer. Wujudnya cinta itu dari kepercayaan. InsyaAllah kukuh hubungan tersebut...
  • Bersyukur dengan pasangan dan jangan rambang mata. Bersyukurlah dalam hati, tiada insan lain yang boleh melengkapi anda selain dari dia. Pasti ada sebabnya kenapa korang masih bersama pasangan korang walaupun dah banyak kali selisih faham, gaduh, makan hati tapi masih boleh memaafkan dan bertolak ansur. Jangan Rambang mata..yang ne lak of course jangan dok cari yang cun melecun dan macho-macho serta kaya-raya yer. Kadang-kadang fizikal tu indah sangat untuk di pandang, tapi hakikatnya or peribadinya..macam hampeh...oh jangan lah yer..kang dok kejar yang kat sana..then dok kejar yang kat sinun..last-last..sume tak dapat..
  • Sentiasa berkomuniasi dengan pasangan dan eratkan hubungan agar tiada ruang untuk orang ketiga. Berborak dan luahkanlah apa yang terbuku kat dalam hati tu, jangan simpan-simpan yer. Anggaplah pasangan korang tu bestfriend korang, sume yang jadi hari ni, kongsi dan beritahulah..pegang je kata-kata.."tiada rahsia antara kami". Serta cubalah bermacam-macam cara sekalipun untuk tidak mewujudkan ruangan langsung bagi orang ketiga untuk masuk daun yer.
  • Berdoalah agar ALLAH memelihara kehormatan dan kebahagiaan anda dan pasangan. Hakikatnya, walau macam mana korang cuba untuk elak di duakan, or berubah hati tapi tiada pegangan dan keberkatan dalam perhubungan tu, tak guna jugak kan??berdoalah agar dia akan sentiasa menjadi milik kamu..Jodoh itu, ALLAH je yang tau. dia tau apa yang terbaik buat kita. Kalo memang dah jodoh kita dengan dia, puting-beliung lalu pun..insyaAllah dia akan tetap jadi milik kita..InsyaAllah..tapi kalo memang dah tertulis si dia bukan jodoh kita, sekuat mana pun kita mencuba, sehabis baik kita menjaganya..sume tu cume selisih jer..maknanya, kita cume terserempak kejap je untuk berkongsi kebahagiaan ngan si dia, tapi bukan selamanya..
"jangan terlalu mudah memberikan cintamu kepada insan lain sedangkan kata hatimu mengatakan si dia yang terbaik"

Have Faith

Yakinlah

apabila ALLAH cepat memakbulkan doamu
DIA menyayangimu

apabila 
ALLAH lambat memakbulkan doamu
itu tidak beerti DIA meminggirkanmu sebagai hamba-NYA
cuma
DIA ingin menguji sejauh mana kasih sayangmu terhadap-NYA

namun...

apabila ALLAH tidak memakbulkan doamu
DIA ingin memberi sesuatu yang jauh lebih baik kepadamu
janganlah berputus asa kepada-NYA
kerana ALLAH itu Maha Mengetahui
DIA memberi apa yang kamu perlukan dan bukan apa yang kamu mahukan

oleh itu, bersangka baiklah terhadap ALLAH dalam apa jua keadaan
kerana sesungguhnya
kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-NYA..


Thursday 1 September 2011

~ 31 Ogos 2011 ~

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

  Selamat Menyambut Hari Merdeka buat semua muslimim & muslimat....


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka