Sunday 28 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam, dengan kesempatan ini saya menyusun seluruh jari jemari saya untuk memohon maaf zahir dan batin jika kata-kata atau status2 fb saya ada yg mengguris hati anda..

-Untuk orang yg MENYAYANGIKU, terima kasih telah membuatku menjadi org yg begitu sempurna..

-Untuk orang yg pernah MENYAKITIKU, terimakasih telah mengajarkan erti kesabaran dan semoga kamu tidak  akan pernah merasakan sakit yg ku rasakan...

-Untuk orang yang pernah aku SAKITI, maafkanlah kekhilafanku..aku hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan..

- Untuk SAHABATKU, mungkin kita memiliki banyak perbezaan, namun tak dapat di nafikan lagi kalau aku sangat memerlukanmu..

-Untuk orang yang MENCINTAIKU, terima kasih telah memberi warna-warna cinta dalam kehidupanku & membahagiakanku dan mengajarku erti kesabaran dengan tingkahlaku mu.

Ikhlas dr Nur Fauzan Fauzi



Saturday 27 August 2011

Hati Yang Tersentuh

Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa mahu bercakap soal hati. Orang kata cerita hati adalah subjektif. mungkin. tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan? Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe.
Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.
Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah.
kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.
Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah.
Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.

DOAKU BUAT KEKASIH

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU




Thursday 18 August 2011

~ DIET BERDASARKAN JENIS DARAH ~

DIET? Terdapat sebuah buku yang ditulis oleh penulis Barat yang mengatakan amalan diet berdasarkan jenis darah dikatakan mampu membantu mengekalkan kesihatan selain menurunkan berat badan. Betul ke tak? So apa kata kalau kita cuba ek….but u oll mesti tahu u oll nie dari golongan darah mana k.

Darah Jenis A
Disarankan individu daripada darah jenis A mengambil diet tinggi karbohidrat dan rendah lemak. Menurut kajian, golongan dari darah ini memiliki cairan darah yang agak pekat dibandingkan dengan jenis darah yang lain. Individu dari darah ni tidak boleh mengambil sebarang jenis produk tenusu, lemak haiwan dan daging. Dikatakan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kanser, diabetes dan gejala kardiovaskular yang lemah.

Darah Jenis B
Dikatakan perlu mengambil makanan seimbang iaitu sayur sayuran dan buah buahan, bijirin dan ikan tetapi jauhi daging ayam. Ini kerana individu dari golongan darah ini dikatakan mudah menghidapi penyakit jantung, kerosakan hati dan kanser.



Darah Jenis AB
Dinasihatkan untuk mengambil semua jenis makanan berasaskan sayur sayuran setiap kali menikmati hidangan. Hanya sesekali sahaja dibenarkan mengambil ikan, daging lembu sahaja dan produk tenusu.

Darah Jenis O
Dikatakan harus setia pada diet tinggi protein (termasuk pengambilan daging merah), rendah karbohidrat, tetapi kaya dengan buah buahan dan sayur sayuran. Individu jenis ini juga dinasihatkan agar menghadkan makanan yang berasaskan gandum, jagung dan hindari sama sekali produk tenusu dan kekacang. Mereka cenderung untuk mengalami masalah tiriod, gastric, ulser dan mempunyai cairan darah yang minimum.







~ ISTERI MINTA CERAI KERANA SUAMI KUAT SEKS ~

Sekarang ini Rozie(bukan nama sebenar) cukup fobia dengan suaminya Samad (bukan nama sebenar) sehinggakan dia mengelak bila setiap kali bertentang mata. Rozie bukannya takut sebab Samad garang atau bengis tapi ada satu perlakuan aneh yang buatkan Rozie sering menjauhkan diri iaitu nafsu seks yang dimiliki Samad.

Seringkali Rozie pening kepala bila fikirkan hal itu. Dia sendiri tak mampu nak cari jawapannya. Entah apalah jamu dan ubat kuat yang ditelan Samad sehinggakan semakin hari semakin melampau ‘powernya’. Sebenarnya bukannya Rozie tak suka atau cuba mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri tapi kalau dah terlampau ‘over’ teruk juga akibatnya.

Kalau sehari sekali untuk tunaikan nafkah batin tu boleh juga Rozie tahan dan pejam mata tapi kalau dah masuk empat lima round macam mana pula? Rozie pun bekerja dan ada tanggung jawab juga. Dah nak sampai tercabut tempurung lutut rasanya. Tambah pula jika lift tempat kerjanya rosak. Lagilah sengsara bila terpaksa turun naik guna tangga.

Rozie pun hairan bagaimana suaminya boleh se’power’ itu. Nak kata suaminya menuntut ilmu pelik setahunya tak ada pula. Saban hari setiap saat dan waktu suaminya ada saja di rumah. Nak kata suaminya amalkan makan ubat kuat, jamu atau sebagainya pun tak juga. Dah puas Rozie menyelongkar segenap ceruk rumah dan juga dalam kereta tapi langsung tak jumpa sebarang ubat-ubat pelik dan mencurigakan.

Ishh…. Confuse sungguh Rozie. Pada mulanya Rozie anggap perkara tu biasa saja maklumlah lumrah alam rumah tangga, ada kalanya momentum seks tu memang ada turun dan naiknya. Tapi semakin lama dilayan semakin manjadi pula ‘rakusnya’ hinggakan Rozie sendiri terpaksa membuat persediaan awal dengan memakan pelbagai jenis jamu. Rasanya dalam bulan ni je dah berkotak-kotak jamu dtelannya hinggakan Rozie rasa jamu tu jadi pengganti nasi untuk dirinya.

Tapi hari ni Rozie betul-betul ‘surrender’. Dia dah tak mampu untuk melayan Samad di ranjang. Setelah difikirkan masak-masak dia mengambil keputusan untuk berterus terang saja dengan suaminya. Apa nak jadi pun jadilah. Dia dah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Jadi dengan penuh semangat Rozie mengatur langkah menuju ke dapur untuk berterus terang dengan Samad. Sambil itu, Rozie tak putus putus baca jampi serapah agar apa yang diperkatakan nanti boleh diterima oleh suaminya dengan hati yang penuh terbuka.

Sampai saja di dapur, tanpa berlengah lagi Rozie terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini. Terperanjat diubuk Samad mendengarnya sehinggakan tersembur air kopi yang sedang dihirup. Nasib baiklah waktu itu karipap berada di tanganya. Kalau tak pasti Samad dah tercekik dan terpaksa dikejarkan ke ICU.

Buat beberapa saat Samad terpaku. Dia sendiri tak mampu mengulas atau member sebarang kenyataan terhadap apa yang diluahkan oleh Rozie. Fikirannya benar-benar buntu dan kosong waktu itu. Nak disokong rasa seperti menganiayai diri sendiri pula, nak dibantah rasa macam seorang yang zalim pula..hadoii..pening kepala Samad.

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya, akhirnya Samad Berjaya mencapai kata putus. Walaupun berat hatinya untuk membuat keputusan, itulah jalan terbaik yang mampu difikirkan ketika ini. Mungkin jodohnya bersama Rozie sudah tertulis setakat itu saja.

Silap hari bulan kalau bergaduh besar nanti, kaki tangan pula yang naik. Samad bukan jenis yang macam tu. Dia tak suka menzalimi wanita. Baginya kalau dah tiada persefahaman lebih baik lepaskan dengan cara yang elok, sekurang kurangnya apabila terserempak kemudian hari mereka masih boleh bergelak ketawa dan bertegur sapa. Samad tak nak penceraian ini menjadi satu dendam antara mereka.

Akhirnya setelah mencapai kata sepakat mereka pun bercerai. Kini Samad sibuk mencari bakal isteri baru yang mampu menuruti nafkah batinnya. Rozie pula kembali lega kerana tak perlu lagi makan jamu berkotak kotak seperti dulu. Rozie pun nak cari pengganti juga, maklumlah sebagai seorang wanita sekali sekala Rozie ingin juga belaian dari seorang lelaki. Tetapi kali ini Rozie dah tetapkan syarat. Nafkah batin hanya diberikan sekali sehari je. Dia tak nak perkara lama berulang kembali.








Wednesday 17 August 2011

~ Ku Rela ~

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..





Tuesday 16 August 2011

~ 10 AMALAN PENGHAPUS DOSA ~

Setiap manusia tak terlepas dr buat dosa.
Oleh itu Allah memberikan keutamaan dan kemurahan kpd HambaNya dgn mensyariatkan amalan2 yg dapat hapuskan dosa…
Berikut adalah antara beberapa amalan yg dijelaskan di dalam al-Quran dan hadis yg mampu dijadikan penebus kpd dosa2 kita…
                                                               i.        Menyempurnakan wuduk & berjalan ke masjid
                                                                                 ii.        Solat terawih bulan ramadhan
                                                                                                          iii.        Bertaubat
                                                                                          iv.        Keluar menuntut ilmu
                                                                                      v.        Melakukan amal kebajikan
                                                                                      vi.        Berjihad pada jalan Allah
                                                                           vii.        Memberi salam dan berkata baik
                                                                                     viii.        Memperbanyakkan solat
                                                                                                       ix.        Solat malam
                                                                                                  x.        Mendirikan solat





~ DOA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA ~

“ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap

bersyukur akan nikmat- Mu yang Engkau kurniakan kepadaku

 dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan

amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat2 kebaikan

 meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku…

 Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya

aku dr org2 Islam yang unduk dan patuh kepadaMU….”





TIP JAWAB TELEFON

Kat bawah nie ada tip2 yg korang leh ambik time nk jwb fon..
Xkira laa kan nk jwb fon dr u punyer pak we ke mak we kea pa ke….
Yang pasti bia beradab kita nk jwb fon ye….

Jom ikuti tips jawab fon:
o   Biarkan tel berbunyi dlm jangka masa yg lama sedikit.

o   Bagi yg beragama Islam, xsalah kan kalu bg salam dulu.
o   Jika kamu tersalah dail, cepat2 mintak maaf dan letak tel dgn perlahan.
o   Apabila bercakap dgn individu yg sdg bekerja, pastiakn panggilan anda

o   singkat dan penuh maklumat.
o   Yang paling penting gunakan panggilan nama yg sopan.




Monday 15 August 2011

~ SUKA OR SAYANG ~

Apakata kita cuba lihat perbezaan antara Suka dgn Sayang
Sebabnya kan kita sering tertipu dgn pasangan kita kan…kita tak tahu sama ada dia suka kita atau dia syg kita…
So apa kata kita cuba tgk perbezaan kat bwh ni:

SUKA
v  Si dia melayan kamu sama seperti teman2nya yg lain
v  Si dia tak pernah rasa bersalah apabila menyakiti hati kamu
v  Si dia mengelak dan tidak suka berbicara tentang masa depan
v  Apabila kamu ada masalah @ sakit , si dia hanya mendengar tanpa ada sebarang tindakan @ bantuan
v  Si dia sukar utk terima kekurangan diri kamu sehinggakan kamu takut untuk menjadi diri kamu sendiri
v  Apabila si sia ada masalah, si dia terus mencari kamu dan waktu inilah si dia member layanan yg baik utk kamu

SAYANG
v  Si dia begitu ambil berat tentang diri kamu terutama waktu sakit @ ada masalah
v  Sekiranya ada teman or kawan yg memburukakn kamu, si dia terus mempertahankan kamu
v  Si dia tidak suka kamu berpakaian seksi ataupun sengaja menunjukkan bentuk badan kamu pada org lain
v  Si dia tidak sesekali menyakiti hati kamu
v  Si dia tidak malu untuk memperkenalkan kamu sbg insane istimewanya pada kwn2nya
v  Setiap kali keluar, si dia akan membuat kamu heppy & pastiakan hari itu hari yg bermakna
v  Selalu bercerita tentang masa depan dan mengangan2kan sebuah kehidupan yg bahagia

So apalagi kwn2..jom kita cheack kita punya pak we or mak we ye…
PEACE…


 (Yang warna merah tue yg penting k)

~ I LOVE MY BODY ~

Mempunyai tubuh bdn yg berisi, sedang @ kecil?.....
Jgn risau….ianya langsung tidak menjadi penghalang untuk kita terus bergaya!!!!!!

Tips:
ü  Jika bertubuh besar, gunakan pakaian dgn motif garisan memanjang….motif ini boleh memperlihatkan tubuh menjadi ramping

ü  Pilih blaus dari material yg berat utk tutup kita punye pinggul dan punggung yg besar itu……(alamak…terasa laa pulak)


ü  Bagi yg bertubuh sedang molek, cuba tambahkan aksesori pada bahagian dada atau bahu anda ye….

ü  Pilih pakaian dgn detail pada dada yg boleh menjadikan tubuh kecil kelihatan berisi….







(hehe)

~ Selamat Berpuasa ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Cewaahhh..skima pulak kan
Dah lama rasanye sy tak mengupdatekan my blog ni….
Sebulan lebih sy rasa….

Sebelum terlambat, sy nk ucapkan:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan…(masih tk terlewat kan)
Semoga Ramadhan kali ini penuh berkat utk kita semua….
& Ramadhan tahun ni juga merupakan first ramadhan
Saya tanpa arwah ayah (My Grandfather) sebelah my mum….
Memang terasa sgt kehilangan arwah dlm family sy…
Semoga Arwah tenang Nun Disana…Amin…

Pejam celik pejam celik hr ni dah masuk 15 day kita puasa kan?
Rasanya sekejap sj ms berlalu…
Lagi 15 Day kita akan menyambut Hari Raya lak…
So apa kata b4 kita nk bergumbira….kita dekatkan diri dulu KepadaNYA?
Cewah…mcm ustazah lak kan?
Papepun… kat cni sy doakan kita semua sihat selalu & dapat mendekatkan diri pada yg ESA…..