Thursday 18 August 2011

~ DIET BERDASARKAN JENIS DARAH ~

DIET? Terdapat sebuah buku yang ditulis oleh penulis Barat yang mengatakan amalan diet berdasarkan jenis darah dikatakan mampu membantu mengekalkan kesihatan selain menurunkan berat badan. Betul ke tak? So apa kata kalau kita cuba ek….but u oll mesti tahu u oll nie dari golongan darah mana k.

Darah Jenis A
Disarankan individu daripada darah jenis A mengambil diet tinggi karbohidrat dan rendah lemak. Menurut kajian, golongan dari darah ini memiliki cairan darah yang agak pekat dibandingkan dengan jenis darah yang lain. Individu dari darah ni tidak boleh mengambil sebarang jenis produk tenusu, lemak haiwan dan daging. Dikatakan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kanser, diabetes dan gejala kardiovaskular yang lemah.

Darah Jenis B
Dikatakan perlu mengambil makanan seimbang iaitu sayur sayuran dan buah buahan, bijirin dan ikan tetapi jauhi daging ayam. Ini kerana individu dari golongan darah ini dikatakan mudah menghidapi penyakit jantung, kerosakan hati dan kanser.



Darah Jenis AB
Dinasihatkan untuk mengambil semua jenis makanan berasaskan sayur sayuran setiap kali menikmati hidangan. Hanya sesekali sahaja dibenarkan mengambil ikan, daging lembu sahaja dan produk tenusu.

Darah Jenis O
Dikatakan harus setia pada diet tinggi protein (termasuk pengambilan daging merah), rendah karbohidrat, tetapi kaya dengan buah buahan dan sayur sayuran. Individu jenis ini juga dinasihatkan agar menghadkan makanan yang berasaskan gandum, jagung dan hindari sama sekali produk tenusu dan kekacang. Mereka cenderung untuk mengalami masalah tiriod, gastric, ulser dan mempunyai cairan darah yang minimum.







No comments:

Post a Comment