Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter beliau menjawab soalan salah seorang pengikutnya tentang laporan Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja sakan di Sydney, Australia - RM325,000 untuk baju dan menginap penthouse $20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling – dengan jawapan “Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka”.
Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif Carl Kapp di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald (dalam seksyen ‘Private Sydney’) pada 21 Januari.
Dengan tajuk ‘Super Kerr Now a Model Citizen’, kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Namun, menurut Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang dikatakan turut bersama dalam rombongan lawatan tersebut, 61 helai pakaian yang dibeli itu sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedai miliknya di London.
P/S: Bukan calang-calang orang mampu bermalam di penthouse tersebut. Menurut laporan, George Clooney pernah tinggal dan bermalam di penthouse hotel, The Darling dengan harga melebihi US$15000 semalam. Apa kata anda?

No comments:
Post a Comment