BERKAT 12 Rabiulawal sempena kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 27, membawa arus perubahan besar dalam hidup dan kerjayanya dengan tampil bertudung.
Selepas mengejutkan banyak pihak menerusi pengumuman majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka kelahiran Selangor, Ahmad Aznaim Abdullah atau dikenali sebagai Naim, 30, gadis yang menggunakan nama pentas Ana Raffali itu sekali lagi membuka mata ramai terutama peminatnya.
Melangkah setapak lebih dekat dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi, Ana yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, semalam mengakui dia kini merasakan dirinya lebih dekat dengan Maha Pencipta.
“Saya tak melihat pemakaian tudung sebagai satu imej atau trend, ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab saya. Sebagai seorang wanita beragama Islam, tidak salah untuk saya mendekatkan diri dengan ajaran agama yang memayungi saya sejak dari kecil,” ujarnya yang ditemani buah hatinya yang juga seorang jurufoto bebas itu ketika sesi fotografi tersebut.
p/s: Alhamdulilah......:)
No comments:
Post a Comment