Monday, 23 January 2012

_Siasat jual Baucer Buku 1 Malaysia_



Jeng jeng......korang ada? Fa ada.. hehehehe
Hari nie fa terbaca laa kan newspaper sinar harian & terbaca laa pasal Boucer buku nie...
Ada juga yer student yg sanggup jual boucer ni? xhargai langsung korang nie...
Apakata just bg je kat orang orang yang memerlukan...
Dapat jugak Pahala....
kan kan?

SHAH ALAM – Kerajaan diminta memperhalusi pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bagi memastikan golongan berkelayakan sahaja yang menerimanya agar ia tidak disalahgunakan termasuk menukarnya kepada wang tunai.
Pengerusi Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma), Abu Naim Bakri berkata, sepatutnya ia lebih diberikan tumpuan kepada kumpulan tertentu, antaranya golongan yang memerlukan dan keluarga berpendapatan sederhana.
Menurutnya, penukaran baucer itu berlaku dipercayai berpunca daripada pelajar yang tidak memerlukan bantuan, berkemungkinan mereka ini daripada keluarga berada.
Abu Naim berkata, selain mengkaji latar belakang penerima, kerajaan boleh mencatatkan nama penerima di baucer agar ia tidak dipindah milik.
Selain itu katanya, kerajaan boleh mengaktifkan semula koperasi universiti dengan meletakan syarat bahawa baucer itu hanya boleh diguna pakai di koperasi sahaja.
Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu mengambil tindakan terhadap pelajar yang berbuat sedemikian.
Menurutnya, perbuatan itu tidak seharusnya berlaku, mereka seharusnya menghargai pemberian kerajaan yang membantu pelajar di negara ini.
Terdahulu terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan BB1M daripada kerajaan bertindak menjualnya di laman sosial dengan harga di antara RM150 hingga RM200.
Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan amaran berhubung dengan kegiatan itu, dan akan merampas baucer berkenaan sekiranya ada pelajar yang cuba menyalahgunakan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.
Via – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment