Wednesday, 18 January 2012

_Aku Ingin Berubah_


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

“Aku teringin nak berubah. Tapi tak tahu mana nak mula. Adakah itu atau ini. Semua jadi kusut.”

Pernah alami perasaan ni? Berubahlah selagi ada keinginan itu. Bimbang rasa itu pergi buat selamanya sahabat. Kadangkala bila kita dah tanamkan tekad dalam hati. Namun sering saja dipandang rendah oleh segelintir manusia. Ya kata-kata nista hanya menyakitkan hati saja. 

“Kau nak berubah? Dosa kau dengan aku pun masih banyak lagi!”

“Alang-alang kau dah jadi jahat. Baik selamanya kau macam ni. Konon nak berubah,”

“Hei perempuan. Kau ingat kau pakai tudung ni dah cukup baik ke? Kau jangan lupa dosa yang kau buat dulu,”

Peritkan bila nak berubah terpaksa mendengar caci maki orang sekeliling. Malah kawan sendiri pun ada memandang rendah. Mungkin mereka juga tak menyangka kawannya akan berubah. Tapi perlukah seseorang diejek kerana dosa yang lampau?

Wajarkah menangis hanya kerana ujian sekecil ini? Ingat inilah dugaan yang harus kamu tanggung bila sudah memilih jalan yang diredhai. Jangan kuatir jangan gundah. Allah ada bersama kita. La tahzan buat mereka yang ingin berubah. 

Tahniah kerana anda terpilih untuk berubah. Tapi pastikan perubahan itu adalah ke arah kebaikan. Bukan kemungkaran. Kata-kata negatif takkan bisa meruntuhkan iman yang kian teguh berdiri. Kuatkan semangat dan berubahlah. Sesungguhnya tangisan hanya akan membuatkan anda lebih lemah dari sebelumnya.

No comments:

Post a Comment