Lisa Surihani akui jatuh cinta dan kenal hati budi Yusry KRU melalui BBM. Yusry berkata, hampir setahun dia dan Lisa banyak berbual-bual mengenai pelbagai perkara menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum benar-benar serius dalam hubungan mereka.
Yusry juga berasa selesa berkawan dengan Lisa kerana dia seorang yang lemah lembut, peramah dan begitu mengambil berat mengenai dirinya. Dalam pada itu, Yusry berkata, sejak awal bertemu dengan Lisa dia sudah terpaut hati dan faktor itu telah menggerakkan dirinya untuk lebih mengenali lisa.
Menurut Lisa, mereka lebih banyak BBM mengenai kerjaya, filem dan sebagainya. Pasangan itu mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari depan selepas keluarga Yusry menghantar rombongan merisik kepada Lisa pada Jumaat malam.
Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sumber: Lisa Surihani Akui Jatuh Cinta Dengan Yusry Melalui BBM | melvister.com
Sumber: Lisa Surihani Akui Jatuh Cinta Dengan Yusry Melalui BBM | melvister.com
No comments:
Post a Comment