Thursday 26 April 2012

Ya Allah Bolehkah Aku Mencintainya?




Ya Allah bolehkah aku mencintainya?
Ya Allah bolehkah aku menyayanginya?
Ya Allah bolehkah aku merindunya?
Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku
aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri
aku memerlu sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini
kepada siapa aku akan melabuhkan cintaku ini?
dan sampai saat ini belum aku  temui jawapannya.
Jika memang dia yang dapat menjadi terbaik untuk dihatiku
kan kupasrahkan semua kepadaMu.
jikalah dia yang tepat KAU pilihkan untukku
tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati.
Jika bukan dia yang untuk terbaik untukku
kan ku cuba untuk mengikhlaskan semua
meskipun sakit untuk menanggungnya.
Ya Allah.. jika memang Kau jodohkan dia kepadaku , temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan  barakah.. dimana kalau tidak di ikatan pernikahan…
Semoga cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi…..
untuk membangun keluarga sakinah, mawadah dan warahmah kelak bersama suamiku nanti.
.

Ikhlas, Redha & Tersenyumlah...



Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..
Berterima kasihlah pada orang yang telah..
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..
Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya :)

Saturday 14 April 2012

_APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG?_

APA YANG KITA FIKIR KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG?
DARI KITA BERDIAM KOSONG, NIATLAH DENGAN YANG BAIK BAIK...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

_Subhanallah!! kecik2 dah pakai serban. tak pe tak pe. sunnah nabi ~ :)_

Thursday 12 April 2012

_KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?_



Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo...InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). 

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)

••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.

SubhanaAllah ! Allahuakhbar ! cantikkan aturan Allah S.W.T ♥

_Siapakah Wanita Cantik itu?_


✿~ Siapakah wanita cantik itu ?✿

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .✿
✔ Dia tersenyum saat tertekan .✿
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .✿
✔ Dia tabah saat dihina .✿
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .✿
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .✿
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .✿

~> Jadilah wanita cantik itu :)✿

Thursday 5 April 2012

_Emak Rayu Hack Facebook Arwah_



Allahyarham baru meninggal dunia akibat kemalangan raya baru-baru ini.Tak Lama kemudian ibunya bermimpi yang beliau merayu-rayu agar tutup acc facebook kerana auratnya terdedah di pandangan umum & rohnya tidak tenteram kerana banyak sangat gambar yang terdedah dan tidak tutup aurat ..
Kepada sesiapa sesiapa yang baca entry sila ke facebook dia dan report untuk delete.Pada Hacker Bijak pandai..sila hack.. (kalau pandai la..sbb hacker skang ni pandai mulut jer)
AL-Fatihah.. – xlupa.com
P/S: sesiapa yg pandai buat tlg hack kan FB arwah yea..tq