Tuesday 31 January 2012

_Anugerah Juara Lagu 26_

Anugerah Juara Lagu 26.......

Jom kita tgk artis2 kita yg cun melecun......









Yang nie paling cantik kan?










Sumber: Tv3 Malaysia

_ ANA RAFFALI DAN TUNANGNYA, NIKAH 25 FEBRUARI 2012_


GAMBAR | ANA RAFFALI DAN TUNANGNYA, NIKAH 25 FEBRUARI 2012
KUALA LUMPUR – Penyanyi Ana Raffali, 26, mengesahkan dia akan bertunang dan bernikah dengan seorang jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari ini.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 25) menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku itu, majlis pertunangan dan akad nikah dijadual serentak di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini.
“Kami merancang majlis yang sederhana saja,” katanya pada sidang akhbar pengumuman perkahwinannya di sini semalam.
P/s Tahniah fa ucapkan, semoga bahagia hingga ke anak cucu.
SUMBER : KOSMO ONLINE

_Nauzubillah min Zalik_



Ya ALLAH.......

Semoga Allah membuka hati wanita ini....Amin

_Kahwin cara MELAYU atau Cara ISLAM? _

Gambar Hiasan je ye

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda

mudi. 


Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang.



 SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang 



hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. 

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling



 bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 



tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas



 kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan 



bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut



 kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri 



pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada



 majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan



 ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita 



kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa 



perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan



 peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak



 ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan



 untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki



 bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh



 lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar 



mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud



 saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban,



 cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan



 pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia



 menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya


 kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami 


isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu? 

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir 



hayat. 

_Duhai Wanita-Wanita....._



Duhai wanita-wanita ----> anda suka lelaki yang??


TINGGI, atau yang tinggi imannya?.

..
HENSEM, atau yang hensem akhlaknya?...


TEGAP, atau yang tegap akidahnya?

...
COMEL, atau yang comel ibadatnya?.

..
COOL, atau yang cool kesabarannya?...


PUTIH, atau yang putih hatinya?.

..
CUTE, atau yang cute tawadduknya?...


KAYA, atau yang kaya ilmunya?

...
PEMALU, atau yang pemalu pada dosanya?...


GAGAH, atau yang gagah melawan nafsunya?::)))



#AWAK PIKIRLA sLOw~~SLOWW:)))).

_10 SITUASI LELAKI YANG WANITA HARUS FAHAMI_


Wow....encem kan? hihihi..
Bukan Fa nk cerita pasal dia but pasal situasi lelaki...
Jom sama sama terjah

1. Bila si dia sibuk… … .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego… … . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik… … .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran… … .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat… … . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri… … … Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong… .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba… … . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang… .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul… … Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat...


Alamak....Lelaki Kacak ini pulak yang termasuk......
Hihihi.......Jangan MARAH....

_LISA SURIHANI ARTIS PALING POPULAR DI FACEBOOK_


PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani masih lagi kekal mendahuli senarai artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di laman sosial Facebook iaitu sebanyak 1,902,487.
Angka pengikut di Facebook bintang filem Ombak Rindu itu menerima saingan sengit daripada pelakon Scha Al-Yahya yang menduduki tangga kedua iaitu sebanyak 1,339,837 pengikut sekaligus membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular.
Lisa berkata, dia bersyukur kerana mempunyai pengikut yang ramai dan sebagai tanda penghargaannya, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat.
“Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.
“Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.
“Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin,” katanya.
Bagaimanapun, perkembangan berleluasa media sosial ini juga tidak terkecuali daripada anasir-anasir negatif.Risiko menjadi orang popular, Lisa tidak lepas daripada menjadi mangsa pemalsuan identiti di medium itu.
Graduan Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini boleh dikira sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang paling popular sejak memulakan kariernya pada tahun 2007.
Selain Lisa dan Scha, pelakon Awal Ashaari menduduki di tangga ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 979,678 diikuti pula dengan Shaheizy Sam (932,412), Diana Danielle (862,557), Farid Kamil (658,595) dan Datuk Siti Nurhaliza (440,504).
Sementara itu, Lisa juga masih lagi menjadi selebriti paling ramai pengikut menerusi laman Twitter miliknya dengan jumlah sebanyak 507,813 diikuti dengan Scha (273,916), Awal (243,501), Sam (347,501), Siti (286,150) Diana (121,103) dan Farid Kamil (48,636).